Saturday 15 March 2014

Maafkan kami pakcik...

Walaupun cerita ini takkan jadi sehebat Nuh dan bahteranya.
Atau tidak segah kisah Musa membelah lautan merah kepada dua.
Aku tetap mahu menerpa setiap papan kekunci laptop 4 tahun ini.
Hayatilah kisah seorang petualang dari negeri penyu bertelur ini.

Aku, Fikri dan Aliff melangkah ke East Coast Mall bersama,
Kononnya, hendak mencari sepersalinan pakaian untuk mereka,
Seperti kebiasaannya, kami berjalan sambil menggila,
Bersuka, dengan hilai tawa mengendahkan segala rasa duka.

Sampai di suatu persimpangan, ada seorang pakcik menjerit kepada kami,
"Ehhh! Mari sini kamu semua sekejap." Garau suaranya menjolok telinga,
Ku sangkakan, marah yang kami akan dengar, dari seorang pakcik tua yang asing,
Ke arah dia kami berjalan, interaksi kami bermula setelah dia duduk di bahu jalan.

Dia tidak keseorangan,
Pakcik ini.. berjalan bersama dengan dua orang anaknya..
Yang seorang dia biarkan berjalan di sampingnya,
Seorang lagi, dikendong di belakang badannya yang keping.

"Kalau kat sini kan, mana yang pakcik boleh minta bantuan ye nak?"
"Nak, pakcik ni dari Terengganu, pakcik tengah cari  isteri pakcik yang hilang"

Dikeluarkannya sehelai potongan surat khabar, di situ terpampang mukanya.
Ditunjukkan kepada kami kad pengenalan miliknya, tidak mahu kami ragu-ragu.
Ya, memang dialah yang terpampang di potongan akhbar itu.
Berderau darah kami bila mendengar 'statement' pakcik itu,
sedih, Datang dari Terengganu, mencari isterinya yang hilang.

"Pakcik dah pergi ke balai polis, polis tu kata, pakcik boleh minta pertolongan daripada orang masjid"
"Pakcik dah ke masjid, diorang kata pakcik boleh minta tolong kat JKM"
"Kat sini mana ada JKM nak? Pakcik nak meminta pertolongan kat situ"
"Boleh tak kalau anak tunjukkan kat pakcik arah nak ke JKM tu?"

Dia dah cakap macam tu, manusia apa yang nak berdiam diri mengendahkan dia?
Aku 'google' lokasi JKM melalui telefon pintar yang Tuhan rezekikan dia kat aku.
Aku tuliskan arah dan lokasi, nama jalan dan segala petunjuk yang berguna.
Diharapkan Pakcik itu dapat sampai ke JKM dengan selamat dan cepat.

Pada mulanya, aku menawarkan dia kemudahan teksi, aku kata, biarlah aku menanggung bayarannya,
Tapi pakcik itu berkeras menolak aku, katanya, mungkin JKM sudah tutup jam 9 ni, risiko dia tak mahu.
Jadi, aku catitkan pada sekeping kertas, arah dan panduan ke JKM, supaya esok pagi dia dapat pergi.
Akhirnya, dia cuma meminta sedikit duit untuk dia beli makanan buat anak-anaknya.

"Pakcik tidur kat bus stop depan tu, beg baju pakcik ada kat situ"
"Dah 4 hari pakcik kat sini, pakcik tak tahu nak cari kat mana lagi dah"
"Maaflah kalau pakcik tersalah bahasa, pakcik nak minta jasa baik kamu jer."
"Seharian anak-anak pakcik tak makan, boleh tak kalau pakcik minta duit sikit?"

Ahhh, hiba hati ini mengenangkan segala kata dan rayu pakcik itu,
Tak tercapai di benak raksa pemikiran ini untuk aku ingat semuanya.
Bila dia sudah pergi meninggalkan kami, kami jadi diam, 'mood' kami melayang.
Sampai kaki kami memijak mozak East Coast Mall, baru 'mood' itu datang kembali.

On our way, back to our campus.(tiba-tiba cakap omputeh)
Sampai di Satay Wan yang termuka berhadapan dengan Hotel Seri Malaysia.
Kami layu, melutut di atas tar hitam dengan tanggungan rasa sesal dan pilu,
JKM YANG DISEBUT PAKCIK, RUPANYA SEPELAUNG DENGAN KAMPUS KAMI!

Andaian kami cuma..

MUNGKIN ada dua cawangan JKM yang berbeza di Kuantan ini.

TAPI...

Sesal, salah, kecewa, hiba, pilu itu tetap bertatu dalam hati kami.
Kami cuma boleh kata...

MAAFKAN KAMI PAKCIK...
Semoga pakcik jumpa apa yang dicari..
Semoga pakcik dan keluarga bersatu semula..
Semoga Allah merahmati dan meredhai hidup pakcik sekeluarga..

Aamin...


No comments:

Post a Comment