Sunday 25 August 2013

Random Dance.

Lagu 3OH!3 menemani aku saat jari-jemariku meminta masa
untuk mereka menari-nari di atas papan kekunci ini.
mungkin tarian mereka tidak mengikut alunan muzik,
tetapi dibuai melodi dari hati yang sunyi hari ini.

Baru-baru ini aku hampir mencapai kehidupan 0 masalah,
Bebas dari beban yang menyiksa raga yang membawa jiwa,
Cuma kali ini lain,hati ini ditarik sakit bila rakan-rakan aku,
Menghadapi masa sulit mereka di saat waktu berlalu.

Keluarga,kekasih,cinta dan keyakinan diri,
Antara subjek yang perlu aku fikirkan falsafahnya,
Sesuai dengan diri aku yang tidak pernah bosan membina motivasi,
Aku berkarang,demi membuka minda mereka dalam mengharungi segalanya.

For me,faith is the most important element that affects all the aspects in our life. Why? Faith lead us to believe in God.We study hard,burn the midnight oil because we have faith in passing our exam with good grades.We believe our family and friends because we have faith in them.Some of us can bear long-distance relationship because we have faith in our mates. Can you see how FAITH play it's important role in our life.For me, IF WE DON'T HAVE FAITH,WE HAVE NOTHING . . .

Roda dan hidup itu sama.Keduanya bergerak dalam menuju satu matlamat ataupun destinasi.Hidup bagaikan roda,sekejap kita dekat atas dan sekejap kita di bawah.Janganlah mengharapkan kita sentiasa di atas,kerana roda itu perlu bergerak,untuk mencapai matlamatnya,bila kita mengharapkan sentiasa berada di atas seakan sama dengan kita mahukan roda itu berhenti,tidak bergerak,mati .... Hidup ada suka dan duka serta perlu diteruskan tak kira apa,dan roda itu perlu bergerak meneruskan perjalanan . . .


Di atas merupakan beberapa kata-kata yang berjaya aku tintakan,

dengan harapan mereka yang buntu itu dapat mencari semangat,
dapat memasang tekad untuk terus berjalan di atas rona kehidupan mereka,
tanpa rasa beban daripada masalah dan onak di dunia.

Ada juga masa bila aku akan duduk termenung jauh,

memikirkan apa yang dapat aku lakukan,
apa idea dan buah fikiran yang dapat aku sumbangkan,
supaya masalah mereka terhapus,rasa gembira dapat mereka genggam.

Tetapi,rakan seperjuangan aku,juga dikenali sebagai Ike,

Mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menolong mereka,
menolong mereka dalam menyelesaikan masalah bukan tugas kita,
Kita cuma menyokong mereka,angkat mereka tatkala mereka jatuh.

Kita sebagai rakan juga seorang insan,

Akan ada masa susah,masa sempit fikiran kerana lemahnya kita,
jadi apa yang kita harus tanam bukan sifat kebergantungan,
Tetapi sifat untuk mereka berdikari dan matang kelak.

Matang dari segi kesabaran ketika diduga,

berdikari tatkala memikirkan cara yang ada,
dalam menangani dan menyelesaikan,
segala apa yang datang dalam kehidupan mereka.

Akhir sekali,hari ini kaki melangkah ke bilik kaunselor,

dengan harapan penyelesaian yang dapat membuka,
pintu bahagia rakan-rakan aku yang sudah cukup terseksa,
Tetapi lain pula pengajaran daripada dia si kaunselor.

" Sebagus mana pun kamu menasihati orang,hendaklah ditekankan bahawa Tuhan jua yang menjadi tempat terbaik untuk meminta jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah."