Friday, 26 July 2013

Buat Sang Cermin

Buat sang cermin . . . .

Pada azalinya,aku juga tidak mengenali kamu,
Baik dari sudut eksternal dan perilaku.
Aku kosong mengenai kamu wahai sang cermin.
Segalanya bermula apabila diri ini mengetahui,
28 merupakan titik persamaan kita yang paling ku minati

Sejak perihal 28 itu,
Aku mula menilai kau,dari setiap ruang dan dimensi.
Cuba untuk memahami siapakah gerangan pria di sebelahku ini.
Lalu terlontarlah beberapa soalan yang agak senang dengarnya,
tapi penuh rahsia dan gunanya.

Ya,
Kita sama.Dari sudut perspektif dan jiwa.
Kita lah yang mengambil jalan yang kosong.
Jalan yang tidak lalu dek orang.
Jalan yang kita rasa lebih baik daripada pilihan majoriti

Bukanlah untuk bersendirian dan sunyi
Hanyalah sebagai suatu bukti,
Kita berpijak di atas kaki sendiri,
Bukan kerana laungan majoriti ,
Yang kononnya gagah jika disemi.

Dan satu lagi yang menyamakan kita,
wahai padanan jiwa kompleks ku,
Tekad untuk berjalan di lorong sendiri,
Peduli,tetapi dengan cara sendiri.

Bagi menjawab soalan engkau,
wahai sang cermin,
diri ini bertinta dengan tangan kanan,
Dan masa ku dijaga dengan tangan kiri.

APAKAH CERITAMU DI SEBALIK SOALAN-SOALAN ITU?


DI SEBALIK CERMIN ITU,
~ AKU NAMPAK KAU DAN KAU NAMPAK AKU ~



No comments:

Post a Comment