Cinta?
Memang sudah menjadi fitrah dalam
kalangan manusia.
Sudah menjadi naluri
seorang manusia untuk bercinta dan dicintai.
Kita haruslah berasa bangga
kerana kita dapat merasai cinta dan
kerana kita tidak lari daripada fitrah.
Untuk kali ini
sEoRangAKU ada 2 orang sahabat
yang terkeliru sedikit mengenai cinta
Jadi,
sEoRangAKU di sini cuba untuk menolong,
setakat mana yang sEoRangAKU mampu.
^^
#1
Cinta itu tidak dosa.
Yang berdosa ialah zina
kerana Allah berfirman
mafhum-Nya
“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”(Al-Israa’: 32)
Jadi
Tiada apa yang perlu dimusykilkan bagi
sEoRangAKU
Rasailah rasa cinta kurniaan Tuhan
yang penting . . .
Jagalah segala adab pergaulan
Antara
ADam & Hawa
^.^
Kerana . . .
Iman kita sebagai manusia
ada turun dan naiknya
mungkin hari ini sebesar gunung,
tapi mungkin juga hari esok
sehalus rambut.
#2
Setiap manusia dijadikan di dunia
berpasang-pasangan,
tidak kira rupa,
bentuk atau warna
Allah dah menjanjikan pasangan
bagi kamu.
"Hai manusia sekalian,bertaqwalah kepada Tuhanmu
yang telah mencipta kamu dari seorang diri,
daripadanya diciptakan pasangannya dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki
dan wanita yang ramai.
Surah An-Nisa / ayat 1
Jadi sahabat,
kamu tidak perlu berasa sunyi,
tidak perlu terlalu rendah diri.
kamu punya akan sampai.
buktinya,
kamu telah wujud di dunia ini,
tahukah kamu,
Hawa diciptakan daripada
tulang rusuk kiri Nabi Adam.
sama jugalah seperti wanita yang lain
diciptakan daripada tulang rusuk kiri pasangan masing-masing
yang mungkin tidak tahu indentiti,rupa atau sifat mereka,
yang pasti,
Dengan izin Tuhan,
kamu akan berjumpa dengan pemilik tulang rusuk kiri itu :)
Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sekian sahaja.
Dari sEoRangAKU.
~ Assalamualaikum ~
# hanya mampu berdoa mengharapkan pasangan yang baik-baik . .
#tulang rusuk kiri lelaki
# khas buat wanita
RUJUKAN:
.
No comments:
Post a Comment