Sunday, 16 February 2014

~ Untuk kamu yang sering insecure ~

Keep silent,
Use your own two feet,
tiptoe slowly towards the door,
unlock the gate and run away.

Just stop,
start to walk and gazing the stars,
tell me what you see now,
tell me what you think about.

You see the stars of course,
stars with different brightness,
all beautiful with their differences,
all shining in their own way.

So, WHY NOT YOU?

Sunday, 15 December 2013

Cukuplah Bercinta Fana.

Berkata mengenai cinta,
Jari-jari keding ini begitu rancak berdansa di atas papan kekunci,
dipecut oleh hati mungkin atau ingin lari daripada menanggung rasa,
Rasa cinta yang berbaur kesal dan perisa dikhianati diri sendiri.

Cinta untuk aku selalunya bersifat fana, tidak kekal.
Bersifat sementara dan tidak utuh kerangkanya.
Melihat kepada kekurangan diri yang masih buta.
Tidak nampak cahaya cinta daripada Dia, Sang Pencipta.

Tuli, selalu merangsang diri untuk mendengar kalimah cinta,
Kononnya bahasa menjadi semakin indah dengan rasa itu,
Sedangkan Dia, Tuhan segala bahasa di dunia,
Sudah mengarang indah bahasa-bahasa cinta di dalam kitab-Nya.

Tinta ini luahan seorang insan sepi, sunyi diri dan hati,
Tinta ini, mungkin hasil mabuk seorang lelaki solo,
Mencari cahaya cinta, hashtag till jannah kata mereka,
Mencari erti hakiki sebuah cinta sejati yang diredhai Ilahi.

kalbu ini meronta-ronta,
Cukup untuk cinta, usah dicari yang sementara.
Usah ditarah kaca di dada, jika permata yang dicari.
Jangan diseksa diri, jangan diranapkan hati sunyi.

Diri ini berkata,
Cukuplah bercinta fana...





15 Disember 2013 : 8.54pm








Friday, 6 December 2013

Kelat

Malang tak berbau, aral tiada isyarat,
Setiap manusia itu, pasti merasa kelat.

kelat. . .

6 Disember 2013 : 7pm


Saturday, 21 September 2013

Dilema. dilema. dilema.

21 Sept 2013 antara tarikh yang menggembirakan aku.
Bila mataku menyapa matahari pada pukul 10 pagi.
Dan segalanya tersusun mula dari detik itu, hari yang tidak terbuang.
Walaupun sekali pergerakan jarum di penyata masa tidak aku buang.

Mulai dengan segala aktiviti seorang manusia biasa.
Mandi, makan,mengabdikan diri dan menelaah nota-nota.
Selama 3 jam mata ini berputar pada nota-nota 038 aku.
Di kaca komputer riba, sambil mendengar alunan My Chemical Romance.

Hingga ke petang, kaki ini melangkah pula ke pantai.
Berjumpa dengan taulan dan sifulan, melayan tiupan angin laut.
Menambah beban di dalam perut di Burger King yang aku rindukan.
Berborak panjang, dari pelajaran, politik, dan sosialisasi malaysia.

Pada waktu malam, kekasihku menemani aku di garis masa.
Menanyakan khabar, bertukar cerita melepas rindu.
riang, melompat-lompat hati ini bila dinyatakan sayang.
Sesungguhnya hari ini hari kesenangan buat aku.

Dengan zikir kasih, aku menamatkan fantasia cinta aku.
Berpesta pula di garis masa bersama sifulan-sifulan.
Yang berkongsi masa dan hidup tatkala dahulu.
Memang hari ini hari kesenangan Aiman Fitry.

Apabila bulan pagi menjelma, satu perkara buat ku tak lena.
Keadaan mata yang segar, bagaikan baru menyapa hari.
Buatku jaga sehingga kini, enam, empat puluh satu pagi.
Menemani sang burung hantu masuk tidur..

Dari kamar seorang sahabat, hendak pulang ke sarang solo.
Membawa alatan-alatan yang ada di bilik sahabat yang lena.
Komputer riba dan aksesorinya, juga powerbank milik dia.
Dia, rakan sekelas aku yang bernama Ramzul, asalnya raja.

Seperti yang ku sebut di pantai semalam.
Shits happen, kau takkan pernah tahu.
Tidak semena-mena,powerbank itu jatuh.
Longgar pegangan aku, risau hati aku. Berkecamuk.

Bila diperiksa powerbank itu, ku dapati ianya sudah rosak.
Punah, tidak boleh digunakan lagi barang berharga Rm 150 itu.
Apa yang harus aku lakukan. Fulus ku mencukupi hanya untuk makan.
Maaf memang tidak cukup, akan ku jumpa dia hari ini.

Betullah kata orang.
Tiada apa yang sempurna.
Tiada hari yang sempurna.
Kini aku dalam dilema.